Isnin, 9 Ogos 2010

JENIS-JENIS TUISYEN

Tuisyen mempunyai tiga jenis iaitu tuisyen kelastuisyen kumpulan kecil, dan tuisyen individu. 


©      Tuisyen Kelas
Merujuk kepada tuiysen yang dilaksanakan dalam bentuk "kelas", iaitu secara beramai-ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar, biasanya melebihi 10 orang. Tuisyen jenis ini biasanya beroperasi di pusat tuisyen.
©      Tuisyen kumpulan kecil
Seorang guru dan sejumlah pelajar dalam bilangan yang kecil. Pelajar yang terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang. Bentuk tuisyen ini biasanya beroperasi di rumah.   

©      Tuisyen individu 
Cuma melibatkan seorang pelajar dan seorang guru. Dalam keadaan ini seorang guru akan memberikan bimbingan khusus kepada seorang pelajar.
KEMUDAHAN  DI PUSAT TUISYEN

©       Suasana pembelajaran yang nyaman serta moden
Memberi keselesaan kepada pelajar dari segi kemudahan pendingin hawa,keselesaan tempat belajar di dalam kelas dan sebagainya.Hal ini demikian mampu menarik minat pelajar zaman sekarang untuk memilih pusat tuisyen sebagai akademik tambahan.
©      Kemudahan ruang kelas yang minimum
Misalnya, satu kelas memuatkan pelajar seramai 12 orang. Hal ini mampu memberikan  tumpuan serta peluang berinteraksi sepenuhnya antara pelajar dengan tutor.
©      Kemudahan perpustakaan dan akses internet
Membantu keperluan pembelajaran pelajar,menjimatkan masa,wang ringgit dan tenaga.
ERLISMA (203415)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan