Khamis, 5 Ogos 2010

KEBAIKAN

Tuisyen sememangnya sangat berguna kerana ia mampu meningkatkan lagi pemahaman para pelajar mengenai sesuatu subjek yang dipelajarinya di sekolah. Pusat tuisyen mungkin menyediakan bahan-bahan pembelajaran dan maklumat-maklumat tambahan yang mungkin tidak terdapat di sekolah selain tenaga pengajar yang berkualiti.
©
 Pusat tuisyen mampu untuk menyediakan kelas dan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif untuk para pelajar. Hal ini  memberi keselesaan kepada para pelajar dan seterusnya membolehkan mereka untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Keadaan ini sangat berbeza apabila mereka mengikuti kelas pembelajaran di sekolah harian kerana keadaan kelas yang sesak dengan pelajar telah menyukarkan mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya.Selain itu,tuisyen juga mampu untuk membendung pelajar daripada terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti melepak dan sebagainya.Hal ini kerana masa yang terluang telah diisi dengan waktu pembelajaran di kelas tuisyen.

AZRUL AZIZUL BIN AZMAN (196562)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan