Khamis, 5 Ogos 2010

KEBURUKAN


 
©   
Terdapat pusat tuisyen yang hanya mementingkan keuntungan sahaja tanpa mementingkan kualiti pengajaran mereka. Mereka mengenakan bayaran yang tinggi, tetapi kualiti bahan dan tenaga pelajar mereka hanyalah pada tahap yang minimum sahaja. Hal ini sudah tentu merugikan pelajar itu sendiri jika mereka tidak pandai untuk memilih pusat tuisyen yang benar-benar berkualiti.
©
Pendidikan tuisyen boleh melemahkan sistem pelajaran formal. Hal ini kerana pelajar akan mengambil mudah semasa mengikuti pelajaran di sekolah kerana berasakan subjek yang diajar oleh guru tersebut boleh diikutinya kemudian di pusat tuisyen.
Selain itu, pusat tuisyen juga menggalakkan pergaulan bebas antara remaja. Kehadiran ke pusat tuisyen akan memberi peluang kepada remaja untuk bergaul dengan rakan-rakan dari sekolah yang berlainan. Hal ini akan menyebabkan pelajar bebas bergaul antara satu sama lain tanpa mengira batasan lelaki dan perempuan.

SITI MANISAH BINTI MOHD RADZI (206383)


7 ulasan:

  1. tuisyen banyak memberi peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dari pelbagai aspek dalam bidang kurikulum

    BalasPadam
  2. sememangnya pusat tuisyen mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri,namun begitu pemilihan tuisyen sebagai tambahan pembelajaran terletak kepada individu masing-masing untuk menilainya.

    BalasPadam
  3. bagi saya tuisyen ini membazir kerana tanpa tuisyen kita boleh cemerlang asalkan fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)di dalam kelas...(ana breep2)

    BalasPadam
  4. Pada pandangan saya,pusat tuisyen memberi peluang kepada anak-anak remaja bersosial dan menggunakan peluang yang diberi oleh ibu bapa sebaik-baiknya dengan berjumpa rakan-rakan dan menjalankan aktiviti yang kurang berfaedah seperti merokok,melepak dan sebagainya..(tehah)

    BalasPadam
  5. Saya menyokong kebaikan tuisyen di dalam blog ini.Antaranya ialah meningkatkan pemahaman pelajar.Pelajar dapat menyelesaikan masalah pembelajaran di dalam kelas dengan merujuk secara personal dengan guru tuisyen sekaligus mendapat tips-tips yang berguna untuk persediaan peperiksaan.-pengalaman diri-(mek la)

    BalasPadam
  6. pelajar yang mengikuti kelas tuisyen juga menyatakan tuisyen perlu bagi membimbing dan memahirkan lagi ilmu yang dipelajari di sekolah. Mereka didapati lebih memahami apa yang guru ajar, tetapi melalui tuisyen mereka akan dapat penjelasan lebih mendalam. Mereka juga ingin memenuhi tuntutan untuk memperolehi keputusan peperiksaan yang baik selain untuk memahirkan diri untuk menguasai sesuatu pelajaran.

    BalasPadam
  7. faktor keberkesanan pengajaran oleh guru juga mempengaruhi amalan tuisyen di kalangan pelajar sekolah. Pelajar-pelajar yang mendapati mereka sukar untuk memahami sesuatu mata pelajaran dalam sekolah akan cenderung untuk mendapatkan bantuan daripada pusat tuisyen

    BalasPadam